Tidak lama dahulu industri hiburan tempatan pernah digemparkan dengan
satu kes rogol yang membabitkan juara program realiti Mentor musim ke 4
iaitu Mohd.
Mangsa yang juga merupakan peserta mentor musim ke 6 iaitu Zatul
telah membuat laporan polis bahawa dirinya telah dirogol oleh rakannya
itu.
Berkesempatan bertemu dengan Mohd di Sunway baru baru ini memberi
kami peluang untuk bertanyakan tentang perkembangan kesnya apatahlagi
ada ura-ura yang mengatakan dia dan juga Zatul mahu menyelesaikan kes
mereka berdua ini di luar tanpa membawanya ke Mahkamah.
“ Settle’ dekat luar itu tidak mungkin, itu belah saya lah
kalau belah pihak perempuan pula saya tak tahu kalau ada yang nak settle
luar sebab saya pun tak dengar lagi apa-apa pun pasal hal ni.
“Bagi saya cukup jelas, tidak ada istilah untuk selesaikan
perkara ini diluar mahkamah walaupun dia datang berjumpa dengan saya
sekalipun. Bagi saya benda macam ni dia kena bersihkan nama saya dahulu
dari segala tuduhan yang telah dia buat. Lepas tu nak cerita apapun
ceritalah.
Lagipun tuduhan yang dia dah buat tu bukan satu tuduhan yang
ringan, dituduh merogol kot.”
“Kesannya sehingga kini saya tanggung. Malu tu jangan
cakaplah. Job saya pun banyak yang ditarik balik dan ada yang tak berani
nak ambil saya pun ia disebabkan kes dan tuduhan yang dilemparkan
terhadap saya. Sebelum dia ada niat nak selesaikan perkara ini diluar
Mahkamah macam yang saya cakap tadi bersihkan nama saya dulu.
Tambah Mohd lagi dia sememangnya bernekad untuk tidak memaafkan Zatul
diatas segala tuduhan yang dilemparkan. Tapi bagaimanapun terpulang
juga kepada keluarganya sama ada mahu memaafkanya.
“Saya tengok family saya pun amat marah dengan apa yang berlaku. Saya
pun tak rasa family akan memaafkan dia. Cuma apa yang diharapkan agar
kes ini cepat selesai dan nama baik saya dapat dibersihkan supaya boleh
mula kembali bekerja seperti biasa tanpa ada sebarang perkara-perkara
yang negatif wujud pada diri saya.”
Mengakhiri perbualan, Mohd tegas mengatakan antara dia dengan Zatul
kini sudah tidak berhubungan lagi apatahlagi telefon bimbit
masing-masing kini berada dalam simpanan pihak polis bagi melancarkan
siasatan kes tersebut.
|