Seorang lelaki yang dikenali sebagai Chen telah menghempas anaknya
yang berusia 1 tahun ke lantai di sebuah hospital kerana bertengkar
dengan isterinya melalui telefon.
Menurut saksi, budak itu terhempas kepala dahulu ke lantai konkrit
dan kaki dan tangan budak itu patah. Menurut laporan doktor, kanak-kanak
terbabit mengalami retak tengkorak, bengkak otak, dan pendarahan serius
di bahagian muka. Kanak-kanak terbabit berada dalam keadaan kritikal.
Lelaki tersebut telah ditahan oleh pihak polis dan 3 hari sebelum
kejadian dia telah terlibat dalam satu kes yang sama iaitu mencederakan
isterinya dengan pisau kerana pertengkaran.
|