|
Bagaimana aku nak jawab duhai diriku yang malang?.. dan siapalah yang dapat menyelamatkan aku? Aku terus menyogok jiwaku dengan impian dan harapan dari semasa ke semasa.. dan aku melupakan apa yang bakal dihadapi selepas mati... dan apa yang akan berlaku selepas aku dikafankan Seolah-olah aku ni telah dijamin untuk hidup selamanya.. seakan mati tidak akan menemuiku.. dan telah datang padaku sakaratull maut yang ngeri,nah! siapa sekarang yang mampu melindungiku? aku melihat pada wajah-wajah.. apakah ada daripada mereka yang akan menebusku? akan ku disoal apa yang telah aku lakukan di dunia untuk menyelamatkan diri ini? Maka bagaimana akan ku jawab setelah aku mengabaikan urusan agamaku? celakanya aku! Apakah aku tak mendengar ayat-ayat Allah yang menyeruku? Adakah aku tak dengar apa yang telah diberitakan didalam surah Qaaf dan Yaasin? Adakah aku tak dengar tentang hari dikumpulkan manusia, hari perhimpunan dan hari ad-deen (qiyamah) ? Adakah aku tak dengar panggilan ajal maut,menyeru dan menjemputku? maka Ya Rabb! seorang hamba yang datang bertaubat, Siapa yang dapat melindunginya? Melainkan Tuhan yang maha luas pengampunanNya dan yang membimbingku pada kebenaran Aku telah datang padaMu maka kasihanilah daku dan beratkan timbangan (kebaikan) ku... Dan ringankan (percepatkan) hisabku kerana Engkaulah yang terbaik dalam penghisaban |






