Lelaki maut jatuh bangunan

Gambar Hiasan
KUALA LUMPUR - Pengunjung pusat membeli belah Lot 10 gempar apabila menemui mayat seorang lelaki yang dipercayai terjatuh dari tingkat empat di pusat membeli belah terbabit di Jalan Bukit Bintang, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, polis menerima panggilan daripada orang awam kira-kira jam 11.37 pagi memberitahu seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun terjatuh dan maut di lokasi kejadian.

“Mangsa dikenali sebagai Chong Swee Vin berasal dari Georgetown Pulau Pinang. Kami masih menyiasat punca kejadian dan mengambil keterangan daripada saksi kejadian.
Kami sudah menghubungi waris mangsa,” katanya.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati mangsa cedera parah di kepala dan perut. Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat. Kes berkenaan diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR).







Leave A Comment:





Sinar Harian

Berita Bernama