[Full Movie] Emak Ingin Naik Haji

Filem ini bercerita tentang tokoh Emak, seorang wanita berusia tua yang sabar, tulus, dan penuh kebaikan hati, seperti umat Islam lainnya, sangat ingin menunaikan ibadah haji. Sayangnya, Emak tidak mempunyai kos untuk mewujudkan keinginannya. Kehidupan Emak sehari-hari hanya bergantung pada hasil jualan kuih. Ada juga sedikit tambahan wang dari Zein, anaknya yang duda, penjual lukisan jalanan. Walaupun Emak tahu bahawa pergi haji adalah salah satu hal yang mungkin sukar diraih, Emak tidak putus asa, dia tetap mengumpulkan rupiah demi untuk disimpan ke tabungan haji di bank. Zein, yang melihat kegigihan Emak, berusaha dengan pelbagai cara untuk dapat mewujudkan keinginan Emak. Tapi, keterbatasannya sebagai penjual lukisan jalanan, serta masalah-masalah yang diwarisinya dari perkahwinannya yang gagal, menyebabkan Zein hampir-hampir putus asa dan terdesak. Sementara, jiran Emak yang kaya raya sudah beberapa kali menunaikan haji, apalagi pergi umrah. Di tempat lain ada orang berniat menunaikan haji hanya untuk kepentingan politik. Selamat Menonton!








Leave A Comment:





Sinar Harian

Berita Bernama