CCTV Kejadian Ragut Di Pulau Pinang

GEORGE TOWN -- Tujuh orang telah berjalan sambil melihat mangsa ragut Tan Kim Chuan, 60, tanpa menghulurkan sedikit pun bantuan ketika dia sedang terbaring tidak sedarkan diri di atas jalan dengan tengkorak yang retak di kawasan rumah pangsa Rifle Range. 

Ketua Jabatan Forensik Perubatan Hospital Pulau Pinang Datuk Dr Zahari Noor berkata bedah siasat menunjukkan punca kematian disebabkan beberapa kecederaan di kepala. "Dia mengalami pendarahan dalaman di kepala dan bahagian belakang tengkoraknya retak akibat terjatuh ke atas jalan dengan tekanan yang kuat," katanya. 

Mayatnya akan dibakar di Batu Gantong pada pukul 2 petang, Khamis. Sementara itu, Ketua Polis P.Pinang ACP Gan Kong Meng menggesa orang ramai untuk membantu polis dalam menangkap suspek. "Disebabkan kita tidak dapat berada semua tempat pada setiap masa, kami menghargai maklumat daripada orang ramai, terutamanya daripada mereka yang mungkin telah menyaksikan kejadian itu," katanya kepada pemberita selepas memberi penghormatan terakhir kepada Kim Chuan. Beliau juga menasihati orang ramai untuk sentiasa menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. "Satu tindak balas lebih cepat mungkin dapat menyelamatkan hidupnya," kata ACP Gan.








Leave A Comment:





Sinar Harian

Berita Bernama